"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind".

Monday, January 12, 2015

TEMUDUGA SPA BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN KP 27 @ BANGUNAN JAYA 99 MELAKA

Haa, tajuk penuh aku bagi. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, bila time dapat surat panggilan temuduga untuk spa bagi sekian sekian jawatan ni, satu satu nya sumber yang aku guna adalah dari internet. Nak nak lagi baca pengalaman orang pergi interview tu. Tapi, bila aku dapat surat panggilan iv untuk jawatan ni, bila aku google, tak berapa nak memberansangkan hasil dia. So aku harap post ni dapat membantu sedikit sebanyak sapa sapa yang meng-google pasal ni sebab dapat panggilan iv. Tahniahh naaa.

Preparation yang aku buat sebelum pergi adalah aku baca pengalaman pengalaman orang yang dah pergi iv Spa. Baca macamana nak build confidence, nak jawap dengan yakin. And of course baca banyak tentang Jabatan Pendaftaran Negara. Apa jenis perkhidmatan dia which are Kad Pengenalan, Kematian, Kelahiran, Perkahwinan, Penceraian, Warganegara, and Anak Angkat. Kaji struktur organisasi dia, siapa pengarah dia, pengarah negeri, and tugas tugas hakiki untuk Penolong Pegawai Pendaftaran.

Mula mula, aku dapat panggilan intv ni thru email. Surat dapat lambat sikit. Tempat aku interview ni dekat Melaka. Di Bangunan Jaya 99. Masa dapat tu rasa cam tak nak pegi je sebab fikirkan yang tempat tu payah nak parking. Atau parking yang mahal, actually. So memandangkan aku ni memang stay Melaka, seminggu sebelum tu dah try pegi tengok tempat tu, walaupun selalu lalu sebelum ni.  Ada banyak option nak parking ni, boleh park dekat tingkat atas bangunan tu, tapi mahallah sikit per jam. Boleh jugak park kat depan tu, rm2 sehari kot. Boleh jugak bawak adik beradik or ibu ayah teman kan, then suruh lah diorang drop by je korang dekat situ. Atau, yang macam aku buat, aku park dekat sg Melaka yang berhampiran dengan acah acah monorel tak jadi tu. Jauh memang jauh sikit lah, tapi parking sana free, aku park betul betul dekat dengan sungai. Datang awal sikit, so boleh jalan slow slow. And lalu ikut pagar belakang bangunan tu, pintu pagar tu diaorg bukak dari 8 pagi. Boleh lah amik feel nak iv masa lalu tepi sg tu kan.

Then bila dah sampai dekat lift tu, kita tak boleh terus naik. Sebab orang yang datang interview kt sana kena daftar nama dekat meja guard depan lift tu. Lagipun lift tu ada authorized access. Depa yang kerja sana je yang ada access card untuk guna dekat lift. So lepas kita daftar dekat guard tu, pakcik tuu lah yang akan tekankan lift untuk kita. 

Bila dah sampai dekat pusat temuduga tingkat 15 tuuu, first check point adalah kita kena dftar nama and amik no giliran. Macam aku, masa iv aku adalah pukul 1145 pagi. Tapi aku datang pukul 10 lebih pun dah boleh amik no dah. Lepas tu urusetia spa akan chekkan susunan sijil kita dalam folders supaya senang penemuduga kita kan semak. Mula mula letak IC, SURAT BERANAK, SIJIL SPM,STPM, SIJIL DIPLOMA/DEGREE, and baru sijil kokurikulum. Yang salinan pun dia akan susunkan untuk kita. So lepas susun tu, terus pergi tunggu depan bilik penemuduga masing masing dan tunggu lah sampai no giliran dipanggil.

Macam aku, penemuduga aku seperti yang tertulis dalam surat adalah TUAN HAJI ABDULLAH BIN JAMIL. Aku dapat Bilik B. ramai jugak calon calon sebelum aku, kena tunggu dalam 4 5 orang. Untuk penemuduga yang lain, nampak dalam 1 2 orang je yang tengah tunggu. Lama ku tunggu, dari 10 lebih sampai giliran aku dalam 12 lebih. Apa yang aku dapat observed, interviewer aku tuu memang LAMAAA GILAAAA kot! Hati dah dedau. Apahal lama sangat. Lepas sorang sorang keluar dari bilik tuu dengan muka masam, mulut membebel, ada yang seolah olah macam nak psiko calon lain pun ada. Kata susah lah apa lah. Paling penting sekali, semua bagi feedback negative pasal Tuan Haji ni. Semua yang keluar cakap kena speaking. Dari awal hingga akhir. Banyak tanyalah. Ahh sudah. Dah dekat setaun aku tinggalkan alam kelas and speaking suma ni, tapi insyaAllah yang penting cakap ajaaa diorang bukan nak tengok grammar kita betul ke salah, dorang nak tengok keyakinan kita dan kebolehan kita cakap dalam English. Tu aku dah set dalam otak, lantakkan ajaaa salah grammar ke apa kan. Untuk interviewer lain, diorang dapat dalam Bahasa Malaysia. Tapi soalan quite tough lah, ada yang kena terangkan pasal Wawasan 2020, dasar dasar kerajaan lah semua.

Bila no aku dipanggil, aku masuk dengan muka ceria + redhaaa, bagi salam juga dengan nada ceria. Sebab inilah diri aku. TIPS: Aku duduk bila dia suruh duduk, sebab aku dah dapat pengajaran bila last interview aku dlu aku main sebat je duduk sebelum dijemput lepastu bantai je tarik kerusi dekat dengan meja diorang. Alahai.

Lepas tu, dia suruh perkenalkan diri. in English. Masa masuk masuk tu dia borak dalam BM. Baik, dan peramah. Macam ayah ayah. Bagi aku dia ok. Dari gaya percakapan, Tuan Haji ni ada loghat jawa. Sebab aku tak berapa dapat tangkap apa dia tanya. Main iyekan ajalah. Ingatkan nak teruskan sesi ni dalam BM. Rupanya nan hado. Nasib baik dah prektis masa tunggu tadi nak cakap apa masa pekenalkan diri. so lepas tu perkenalkan diri - yang mana aku perkenalkan nama, umur,asal, pendidikan tertinggi, sikit sikit pasal apa aku study masa dekat u dulu, pengalaman kerja, and sedikit kebolehan aku. English memang aku sebat ajaaa sebut, janji konfiden. Dengan gesture tangan semua lengkap. Lepas je habis pekenalkan diri, dia borak dengan aku in Malay! Tu yang tak sangka sebab calon calon sebelum tadi semua merungut pasai kena cakap fully English dari awal sampai habis. TIPS: kuatkan points masa perkenalkan diri, elaborate je apa apa, dan CONFIDENT bila dia suruh perkenalkan diri in English. Mungkin dia Cuma mahu tengok kita membebel dengan yakin. And apa yang aku boleh observed lagi, Calon calon sebelah aku yang sempat aku jeling resume diorng aku tengok diorang buat resume dalam Bahasa Malaysia. And aku punya dalam BI sebab aku malas nak tukar. Ni pun aku amik contoh dari internet macamna nak buat. Aku tak tahulah ada kaitan ke tidak, tapi bila dapat interviewer yang prefer jalankan sesi iv in English, aku rasa resume dalam BI ni membantu aku sedikit sebanyak mungkin dari segi impression.

Lepas tu sesi berjalan dalam BM. Dia tengok Kad Pengenalan aku. Dia puji sebab aku dah ganti kan kad pengenalan yang baru. Mentang mentanglahh nak mohon berkhidmat dengan JPN, sampai ke situ dia amik perhatian. Belek punya belek, dia tanya aku, “Siapa yang tandatangan dekat belakang kad pengenalan aku tuuuuu, adakah menteri yang sign?” ahhhhhh sudahhh. Rasa menyesalllllll gila tak pernah nak amik tahu siapa yang sign kat belakang tu. padahal kad pengenalan tu sentiasa dengan kita. So, dengan muka tersengih aku, aku jawap yang aku tak sure, tapi aku pasti yang bukan Menteri yang sign. Dalam hati nak jawap Ketua Pengarah Pendaftaran yang signkan, tapi tak terkeluar pulak. Rupanya memang KP Pendaftaran yang signkan. Dia tanya aku siapa KP Pendaftaran, fhewwww nasib baik aku hapal nama dia. Datok Sulaiman Bin Haji Keling. Confident sikit disitu. Lepas tu dia tanya aku JPN under kementerian apa, dan siapa menteri dia. Tak banyak dan tak lama rasanya sesi-soal jawap dengan dia. And dia tanya jugak preparation apa yang aku dah buat sebelum datang sini. And apa kelebihan aku dari calon yang lain untuk jawatan ni.

Lepas tu, terus jadi santai, dia tanya aku sate cucuk cucuk yang femes dekat Melaka tuu dekat mana- which is aku memang tak tahu dekat mana, dia tanya aku boleh drive ke tidak, aku dah bertunang ke belum, and adakah aku sanggup posting jauh jauh kalau dapat. Aku tak tahu sama ada caloncalon sebelum aku tu memang saja nak psikokan kami atau memang diorg stress duduk dalam tu kena speaking dari awal sampai akhir sampai terpancar dekat muka even dah keluar bilik. Kena speaking mmg gerun, tp hantam saja lah janji dia faham kita faham. Lagipun kita berdua saja dalam bilik tu, takda sapa nak gelakkan kalau grammar kita salah sekalipun. Tuan Haji tu pun memang baik, tak dapat jawap pun takda nak marah ke apa. Muka sentiasa senyum. Sesi aku berjalan dalam 15 minit. 

Ada rezeki, adalah kan. Kita dah usaha sebaiknya, Allah jua yang menentukan rezeki kita. Dan pengalaman ini dapat dijadikan panduan untuk aku hadapi iv2 yang mendatang. 

# Update pada 22.12.2014 : Alhamdulillah, result intv sudah keluar pada 17.12.2014. awal dari sepatutnya, tapi apa pun, Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah. Ada sapa sapa yang berjaya temuduga ni dak? Mind to share?

14 comments:

  1. Matematik D BI E layak ke mohon spa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak kot sbb sy pn math D bi E..sbb sy baru je dpt email utk jwtan ni..ikut rezeki

      Delete
    2. Boleh saya tahu awak dpt jawatan penolong pendaftran kp29 ka? Apa soalan yang yang ditanya lagi?

      Delete
  2. Informasi yg sangat bagus dan berguna

    ReplyDelete
  3. Utk jawatan nie , if dah lepas kena lalui ujian online or dipanggil temuduga terus?

    ReplyDelete
  4. ada ujian komputer ke or trus iv ye

    ReplyDelete
  5. berjaya dapat kerja?

    ReplyDelete
  6. all the best utk sapo yg ambil exam esok. smoga dipermudahkan. rezeki x salah alamat, cuma kita ttp perlu berusaha. tq atas perkongsian, sangatt berguna ��

    ReplyDelete
  7. Penulisan yang sangat bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. Kementerian Dalam Negeri

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian.. berdebar nak iv next week

    ReplyDelete
  10. Salam..boleh bg contcat number

    ReplyDelete