"Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind".

Friday, January 30, 2015

Edisi wanita: LOVE YOUR V, jyeahhhh!

Amaran keras : Entry ini khas buat wanita. Ya. Wanita.

Hello ladies. Perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan, bagai aur dengan tebing. Bagai gigi dengan lidah. Tapi, kebanyakan perempuan lebih banyak menghabiskan masa, wang ringgit, dan tumpuan untuk menjaga kecantikan muka dan luaran. Pergi facial, pergi spa, pakai krim malam, krim siang, pelembap muka, pencuci muka, sunblock, foundation, BB Cream, dan banyak lagi yang tidak mampu disebutkan disini. Ehem.

Kadang kadang, kita tak sedar yang kita terrr ambil remeh hal kebersihan dan kecantikan bahagian intim kita. Terr ya, tak sengaja. Banyak tips penjagaan bahagian V yang boleh kita praktikkan, tapi for me, here are some guideline yang kita boleh and senang nak lakukan.
Ya, mari lakukan perubahan bersama.

#1 Sentiasa pakai pantyliner

Dulu dulu masa sekolah, aku tak pernah amik tahu apa kebenda benda alah ni. Tak tahu pun kewujudan dia. Ingatkan ada pad masa period sahaja. Tapi since masuk penghujung kedewasaan, baru terdedah akan kepentingan pantyliner ini. ianya basically untuk menjaga kebersihan, mengekalkan kekeringan seluar, dan mengelakkan bacteria – dengan syarat kita tak pakai benda tu dengan jangka masa terlalu lama. 

Aku pasti para gadis luar sana tahu macamna nak guna dia. Cuma tak tahu sama ada kita takmau kelua kan sedikit duit nak beli dia tiap bulan atau memang malas nak pakai. Bukan mahal pun, libresse selalu buat promosi beli sekali 3bungkus dengan harga xsampai RM 13-00. Boleh tahan dua bulan kalau kita pakai hari hari. Siang dan malam. Pantyliner jugak boleh jadi penyelamat terbaik di saat period kita tiba tiba datang tak diduga. Juga, Sentiasa spare kan satu dua pantyliner dalam handbag kita and dalam travel bag, dan dalam mekap beg. Dan beg beg lain yang ada. Almaklum, wanita dan beg bertimbun berpisah tiada.

#2 Pastikan seluar comel hangpa itu sentiasa kering

Kita Para gadis selalu mengalami masalah ini. Lepas kita buang air, lepas pakai balik seluar kecik, seluar kita mesti akan jadi lembap, or worst, ada pulak kesan basah dkt blkg seluar kita tu.  dan bacteria sangat suka kepada kelembapan. So apa kita boleh buat is, make sure before kita masuk toilet, bawaklah tissue or towel kecik ke untuk keringkan dulu. Tak susah dan takda alasan pun untuk kita tak jaga kebersihan. Sekarang dekat toilet dekt shopping mall pun ada provide tissue, so sng. Tapi kadang tak boleh nak harap jugak sebab selalu nya tissue mesti habis. So,  always sediakan tissue dalam handbag hangpa suma. Sentiasa!

#3 Pakai feminine wash 

Sepertimana muka yang perlu kan pembersih muka, same goes to our V area. Cuma kena hati hati pilih produk pembersih, takut takut tak rasi dengan kulit. Kadang perempuan ni bila dah nak sampai seru nak kahwin baru nak menggelabah jam jam tu baru nk start jaga kebersihan and penampilan v area tu kan? Haa. Sama lah. ;)

So far dah try brand Lactacyd, and ianya memang best. Wangi. Rasa bersih saja. And takda alahan. Dia ada banyak jenis for different function, tapi aku Cuma guna yang botol warna merah (untuk jaga kelembapan ph kulit kita dan boleh guna semasa period). Untuk whitening pun ada!

Actually, ada banyak lagi tips tips penjagaan, tapi ini yang terdaya nak buat. And tak susah nak buat. 
Jadi gadis, marilah kita jadikan usaha menjaga kebersihan bahagian intim kita seperti kita beria menjaga kecantikan kulit muka kita. 

Any other tips to share?

Thursday, January 29, 2015

Espresso Yy


To Whom It May Concern,

I know the fact that I’m not pretty.
But I’m trying to be attractive in my own way – without being truly beautiful.

I’m not gorgeous – if you are hoping me to be so.
But I’m trying my best to be very pleasant especially to you.

Definitely I’m not nice.
But I want you to know that I’m on my way to be very kind.

I’m not a clever person.
But I’m trying to quick to understand and learn.

I’m not a helpful person.
But I’m ready to give help.

I’m not caring – Even sometimes I feel concern about other people.

&& I want you to realize that I’m not a perfect person, as I’m not free from any flaws.
So I hope you can love me, for who I am.


Sincerely by #TheOtherHalf







Tuesday, January 27, 2015

Edisi Bukan Penganggur

Assalamualaikum!

Tak ada istilah pengangguran dalam dunia yang fana ini.  seperti kata Pensyarah yang amat di hormati, Dr Baharuddin Bin Mat Asek ;

‘ di dunia mana ada pengangguran. Bermacam kerja boleh dibuat. Bayaran diterima dunia dan akhirat. Kalau kita gunakan kekuatan yang kita ada, IQ (mental), EQ (social/emotional), PQ (physical), dan SQ (spiritual), kita tidak akan jadi penganggur.’

Inilah yang aku pegang sekarang dalam hidup. Walaupun agak payah nak cari kerja, - bukan tak ada, dan bukan memilih. Dan ramai lagi yang seangkatan dengan aku yang alami dilemma yang sama. Aku bina kekuatan dalam diri aku untuk buat sesuatu yang aku sendiri tak pernah bayangkan aku buat. Which is mulakan business sendiri. Yaa, ramai yang jadikan itu sebagai pilihan terakhir bila dah betul betul buntu nak cari kerja. 

Walau ramai yang agak sinis, kata mereka, ahhhhhh Penat je belajar sampai ijazah kalau setakat nak buat business sendiri. Ikutkan hati, nak aja ku tangan kan mulut2 celupar luar sana. Tak pernah nak menyokong, lebih suka menjatuhkan semangat orang. Nak nak yang baru nak hidup bekerja. Benda pertama aku buat, aku tekadkan hati. semangat kena kuat. Malu kena buang ke tepi kalau nak buat perniagaan sendiri, itulah yang aku fikir.

Next step lepas bincang2 dan planning2 dengan my biggest support system which is Bunda and other family members, datang idea nak buat business lauk frozen. Mula mula memang tak yakin! Entah boleh jual entah tidak. Tapi my sis beria bersungguh suruh aku cuba, kebetulan mak memang selalu org suruh masak untuk jamuan @ kenduri kecik2. Kira tumpang kepakaran mak le ni. So aku mula dengan kuantiti sikit dulu. Lepas put all the planning on paper, aku mulakan langkah kecil aku ni. Jual beberapa jenis lauk frozen, and rasa nak menangis bila mmg dapat sambutan memberansangkan. Jangan fikir nak cepat untung, fikirlah untuk long term. Aku selalu merungut bila mak suruh letak harga yang untungnya cuma sikit. Kata mak, kalau mahal, kejap je nnt dapat bertahan. Astagfirullah, nak untung cepat ajaa aku ni. Semangat makin kuat, nak cuba giat lagi. Mula pelbagaikan lagi product, buat delivery, dan sentiasa belajar perkara perkara baru dalam perniagaan. Motivasikan diri untuk majukan diri dalam bidang ni. In Syaa Allah, aku tak akan berhenti buat ni kalaupun nanti dapat kerja yang aku inginkan.

Siapa kata kalau belajar sampai ijazah, semua ilmu tu sia sia? Dulu, subject Entrepreneurship, untuk apa belajar kalau tak di applikasikan? Macamana nak buat business proposal, mcmna nak market kan product, macamna nak handle operation, macamna nak jaga account suma.

Service Management dulu aku belajar. Untuk apa? Kalau bukan untuk cuba bagi perkhidmatan yang terbaik pd cust. Sbb Strategic Mgt lah aku dapat tetapkan dengan baik apa matlamat dan hala tuju perniagaan aku. Bialah kecil mana sekalipun usaha aku ni. Atas ihsan subject Management Information System lah aku dapat idea nak buat blog as one of promotional tool aku, belajar buat logo walaupun agak bebal nak guna adobe photoshop. Tulah, dlu time lecturer ngajo engkau memain. Skrg baru terhegeh nak belajar.  Dulu buat Research Proposal, xsemestinya dalam business tak boleh applykan. Aku dapat banyak feedback dari cust yang tanya aku, berapa lama boleh simpan frozen foods ni? And macamana nak defrost kan produk ni dengan selamat. Takkan aku nak jawap membabi buta tak buat research suma. Aku buat, cari article, compile kan, bagi explanation, aku cuba experiment sendiri produk aku untuk sahkan semua. 

Ini semua cakap cakap org yang selalu pandang rendah kat orang lain. Kerja itu salah, buat kerja ni salah. Apa yang betul sangat tu? aku percaya, kalau buat sesuatu dengan bersungguh, pasti ada hasilnya, moga dengan izin Allah, kita semua dapat capai kejayaan di dunia dan akhirat. Tak bekerja tak bermakna hina, mungkin selama dia tidak bekerja, dia sibuk penuhkan saham akhirat. Awk yang mengata tuu apa tahu?

Chalo!

Monday, January 19, 2015

#Edisi Mengada Setahun Sekali


Amaran Keras : Post ini didedikasi khas buat si-mengada-meminta-dibuat-post khas- sempena birthdaynya. 

To the most beautiful woman in this planet (only applicable for this day), dan kembar ku since 28 Jun 2008, yang mana susah senang kita lalui bersama, merajuk, terasa hati itu bagai perkara biasa, ingin ku ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 25, terima kasih kerana menjadi sebagian dari dunia kecilku.

Wish you have a lovely day filled with plenty of smiles and laughter. Many many happy returns of the day to my sweetheart friend! Love you always.



Terima kasih sahabat.
Semoga Tuhan merahmatimu sentiasa

Ps: Can't imagine my life without youuuuu, aku hilang keliruuuu (gaya aman nyanyiii) :)

Edisi Pasca Putus Cinta

Hai all!

Saat putus cinta, memang sangat menyakitkan. Mendera hati. Menyiksa naluri. Mana tidak, perhubungan yang kita sedaya upaya pertahankan, akhirnya lebur macam tu saja, sakit oii! Sakitttt! Disini, diselitkan beberapa cara untuk menghadapi saat putus cinta, dengan bergaya dan machonyaaaa.

#1. Nangis puas puas. Terus nikmati kehidupan ini.

Orang selalu nasihatkan kita yang putus cinta ni, jangan ditangisi pasangan yang tinggalkan kita. Diorang tak layak mendapatkan kita. Buat bazir air mata je. Ye, cakap memang senang. Tapi, untuk para wanita yang sememangnya sejak azali tak boleh dipisahkan dengan airmata, semestinya dengan menangis, kita akan lega dan beban batu besar tu akan rasa teralih dari bahu kita. Menangis lah, tak ada salah pun. Nangis puas puas bawah selimut ke hapa, lepaskan semua, TAPI, lepas habis keluar semua tu, kita berazam lah untuk mulakan hidup baru dan lupakan semua. 

“Your new life starts today.
Don’t waste it trying to get back what was taken away”

#2. Buang segala yang ada kaitan dengan dia.

Kalau dh dapat semangat nak move on, kenalah usaha sikit. Buang je semua gambar2 yang ada dalam henphone, no henphone dia – even dah melekat dalam kepala hotak tu, gambar dlm laptop, frame gambar ke apa ke semua. Buang! Jangan pikir banyak. Semua hadiah/surat/whatsoever lah pun buang. Kalau yang ada acah acah lagu tema percintaan tu pun buang. Jangan tinggalkan sikit pun apa apa kenangan antara korang. Ni bukan masa nk throwback bagai.

“ Let go of the past, and the past will let go of you”

#3. Ingat Tuhan.

Ini cara paling win nk hadapi dugaan ni. Agak klishe. Masa ni lah kita nak dekatkan diri dengan Tuhan, yang mana selama kita bercinta ni, kita byk abaikan Tuhan Yang Satu. Bila ditimpa musibah, baru nampak tikar sejadah. Doalah diberi kekuatan hati, di beri jodoh yang terbaik. Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita tak kan tahu apa yang akan jadi mendatang. Kalau sunyi, mengaji. kalau sedih, doa. kalau kecewa, ingat Allah sentiasa ada. Dengan ingat Allah confirm hati tenang. Tak caya pegi cuba.

“Sometimes you are not given what you want because something better is planned for you instead. Just keep praying”

#4. Cari hobi

Fasa selepas putus cinta, @ pascaputuscinta surely akan rasa sunyi. So baiklah kita cari hobi hobi yang blh buat kita isi masa lapang supaya minda kita dilatih untuk tak mengingat perkara perkara yang tidak berguna. Pegilah memancing ke, bercuti ke, shopping ke, jalan jalan cari makan ke, main golf ke. Ecehhh. And Thanks to him, sebab dialah aku temui hobi baru aku, which is cycling. Tak kira pegi petang malam, hobi baru ni lah dapat ubati sikit luka. Lupa benda lama. Kot kot mana tahu jumpa jodoh masa buat hobi baru, ye dak? Pergilah bela seko dua kucing, jaga baik baik, it’s a kind of theraphy diri dikala sunyi. 

#5. Eratkan kembali silaturrahim

Biasalah. Kalau dah nama ada kekasih, sikit sebanyak mesti hubungan dengan kawan kawan lain agak renggang. Yelah, masa hangat bercinta, byk masa duk habiskan dengan kekasih. Nah, sekali kau kena tinggal, tak rasa macam kena sepak sekali dekat muka? Ni lah peluang terbaik kita nak rapatkan balik apa yang renggang. Luangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan, pergi holiday ke, reunion ke, lepak makan ke, tgk movie ke. Whtsapp group kan adaaa, seriously mmg blh divert kan perhatian kita dari ingat benda alah tu suma. Kawan kawan yang baik akan sentiasa ada disisi kita bila kita memerlukan diorang – walaupun kadang kadang kita banyak lupakan diorang. 

“I don’t have time to hate people who hate me, because I’m too busy loving people who love me”

#6. Jangan secepatnya cari pengganti.

Bila hati tengah kosong tu,mmg cepat nak cari pengganti. Konon itulah cara terpantas nak move on. Asal ada kebetulan sikit, terus assume itulah jodoh. Hati ni amik masa nak pulih, bagi laa depa rehat dulu dari benda benda ni semua. Guna masa ni untuk perbaiki diri, perbaiki hubungan dengan keluarga dan kawan kawan. Bukan terus cari pengganti. Hati tengah keliru, takut nanti salah bagi harapan pada orang lain. 

#7. Hargai diri sendiri.

Kerana dirimu begitu berharga. Ya, diri kita sangat berharga. Jangan biarkan orang lain merendahkan nilai diri kita. Tak guna menjatuhkan nilai diri kita dengan merayu rayu atau fikir untuk kembali pada dia. Ada orang yang lebih baik yang layak untuk diri kita, seadanya sedang mempersiapkan diri mereka untuk kita. Takda guna kita keep loyal untuk orang yang tak hargai kita. Itu bodoh namanya. Enough. 

“Respect yourself enough to walk away from anything that no longer serves you,
grows you, or makes you happy”


Apa pun, putus cinta bukan lah penamat segalanya. Mungkin ini permulaan untuk sesuatu yang lebih baik untuk diri kita. Yang pergi biarlah berlalu. Terus pandang ke depan dan nikmatilah apa yang kita miliki sekarang. We must accept the end of something in order to begin to build something new! Jadi, mari kita mula hidup yang baru dengan lebih positif!

Barulah machooo!

Chalo!

Monday, January 12, 2015

TEMUDUGA SPA BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN KP 27 @ BANGUNAN JAYA 99 MELAKA

Haa, tajuk penuh aku bagi. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, bila time dapat surat panggilan temuduga untuk spa bagi sekian sekian jawatan ni, satu satu nya sumber yang aku guna adalah dari internet. Nak nak lagi baca pengalaman orang pergi interview tu. Tapi, bila aku dapat surat panggilan iv untuk jawatan ni, bila aku google, tak berapa nak memberansangkan hasil dia. So aku harap post ni dapat membantu sedikit sebanyak sapa sapa yang meng-google pasal ni sebab dapat panggilan iv. Tahniahh naaa.

Preparation yang aku buat sebelum pergi adalah aku baca pengalaman pengalaman orang yang dah pergi iv Spa. Baca macamana nak build confidence, nak jawap dengan yakin. And of course baca banyak tentang Jabatan Pendaftaran Negara. Apa jenis perkhidmatan dia which are Kad Pengenalan, Kematian, Kelahiran, Perkahwinan, Penceraian, Warganegara, and Anak Angkat. Kaji struktur organisasi dia, siapa pengarah dia, pengarah negeri, and tugas tugas hakiki untuk Penolong Pegawai Pendaftaran.

Mula mula, aku dapat panggilan intv ni thru email. Surat dapat lambat sikit. Tempat aku interview ni dekat Melaka. Di Bangunan Jaya 99. Masa dapat tu rasa cam tak nak pegi je sebab fikirkan yang tempat tu payah nak parking. Atau parking yang mahal, actually. So memandangkan aku ni memang stay Melaka, seminggu sebelum tu dah try pegi tengok tempat tu, walaupun selalu lalu sebelum ni.  Ada banyak option nak parking ni, boleh park dekat tingkat atas bangunan tu, tapi mahallah sikit per jam. Boleh jugak park kat depan tu, rm2 sehari kot. Boleh jugak bawak adik beradik or ibu ayah teman kan, then suruh lah diorang drop by je korang dekat situ. Atau, yang macam aku buat, aku park dekat sg Melaka yang berhampiran dengan acah acah monorel tak jadi tu. Jauh memang jauh sikit lah, tapi parking sana free, aku park betul betul dekat dengan sungai. Datang awal sikit, so boleh jalan slow slow. And lalu ikut pagar belakang bangunan tu, pintu pagar tu diaorg bukak dari 8 pagi. Boleh lah amik feel nak iv masa lalu tepi sg tu kan.

Then bila dah sampai dekat lift tu, kita tak boleh terus naik. Sebab orang yang datang interview kt sana kena daftar nama dekat meja guard depan lift tu. Lagipun lift tu ada authorized access. Depa yang kerja sana je yang ada access card untuk guna dekat lift. So lepas kita daftar dekat guard tu, pakcik tuu lah yang akan tekankan lift untuk kita. 

Bila dah sampai dekat pusat temuduga tingkat 15 tuuu, first check point adalah kita kena dftar nama and amik no giliran. Macam aku, masa iv aku adalah pukul 1145 pagi. Tapi aku datang pukul 10 lebih pun dah boleh amik no dah. Lepas tu urusetia spa akan chekkan susunan sijil kita dalam folders supaya senang penemuduga kita kan semak. Mula mula letak IC, SURAT BERANAK, SIJIL SPM,STPM, SIJIL DIPLOMA/DEGREE, and baru sijil kokurikulum. Yang salinan pun dia akan susunkan untuk kita. So lepas susun tu, terus pergi tunggu depan bilik penemuduga masing masing dan tunggu lah sampai no giliran dipanggil.

Macam aku, penemuduga aku seperti yang tertulis dalam surat adalah TUAN HAJI ABDULLAH BIN JAMIL. Aku dapat Bilik B. ramai jugak calon calon sebelum aku, kena tunggu dalam 4 5 orang. Untuk penemuduga yang lain, nampak dalam 1 2 orang je yang tengah tunggu. Lama ku tunggu, dari 10 lebih sampai giliran aku dalam 12 lebih. Apa yang aku dapat observed, interviewer aku tuu memang LAMAAA GILAAAA kot! Hati dah dedau. Apahal lama sangat. Lepas sorang sorang keluar dari bilik tuu dengan muka masam, mulut membebel, ada yang seolah olah macam nak psiko calon lain pun ada. Kata susah lah apa lah. Paling penting sekali, semua bagi feedback negative pasal Tuan Haji ni. Semua yang keluar cakap kena speaking. Dari awal hingga akhir. Banyak tanyalah. Ahh sudah. Dah dekat setaun aku tinggalkan alam kelas and speaking suma ni, tapi insyaAllah yang penting cakap ajaaa diorang bukan nak tengok grammar kita betul ke salah, dorang nak tengok keyakinan kita dan kebolehan kita cakap dalam English. Tu aku dah set dalam otak, lantakkan ajaaa salah grammar ke apa kan. Untuk interviewer lain, diorang dapat dalam Bahasa Malaysia. Tapi soalan quite tough lah, ada yang kena terangkan pasal Wawasan 2020, dasar dasar kerajaan lah semua.

Bila no aku dipanggil, aku masuk dengan muka ceria + redhaaa, bagi salam juga dengan nada ceria. Sebab inilah diri aku. TIPS: Aku duduk bila dia suruh duduk, sebab aku dah dapat pengajaran bila last interview aku dlu aku main sebat je duduk sebelum dijemput lepastu bantai je tarik kerusi dekat dengan meja diorang. Alahai.

Lepas tu, dia suruh perkenalkan diri. in English. Masa masuk masuk tu dia borak dalam BM. Baik, dan peramah. Macam ayah ayah. Bagi aku dia ok. Dari gaya percakapan, Tuan Haji ni ada loghat jawa. Sebab aku tak berapa dapat tangkap apa dia tanya. Main iyekan ajalah. Ingatkan nak teruskan sesi ni dalam BM. Rupanya nan hado. Nasib baik dah prektis masa tunggu tadi nak cakap apa masa pekenalkan diri. so lepas tu perkenalkan diri - yang mana aku perkenalkan nama, umur,asal, pendidikan tertinggi, sikit sikit pasal apa aku study masa dekat u dulu, pengalaman kerja, and sedikit kebolehan aku. English memang aku sebat ajaaa sebut, janji konfiden. Dengan gesture tangan semua lengkap. Lepas je habis pekenalkan diri, dia borak dengan aku in Malay! Tu yang tak sangka sebab calon calon sebelum tadi semua merungut pasai kena cakap fully English dari awal sampai habis. TIPS: kuatkan points masa perkenalkan diri, elaborate je apa apa, dan CONFIDENT bila dia suruh perkenalkan diri in English. Mungkin dia Cuma mahu tengok kita membebel dengan yakin. And apa yang aku boleh observed lagi, Calon calon sebelah aku yang sempat aku jeling resume diorng aku tengok diorang buat resume dalam Bahasa Malaysia. And aku punya dalam BI sebab aku malas nak tukar. Ni pun aku amik contoh dari internet macamna nak buat. Aku tak tahulah ada kaitan ke tidak, tapi bila dapat interviewer yang prefer jalankan sesi iv in English, aku rasa resume dalam BI ni membantu aku sedikit sebanyak mungkin dari segi impression.

Lepas tu sesi berjalan dalam BM. Dia tengok Kad Pengenalan aku. Dia puji sebab aku dah ganti kan kad pengenalan yang baru. Mentang mentanglahh nak mohon berkhidmat dengan JPN, sampai ke situ dia amik perhatian. Belek punya belek, dia tanya aku, “Siapa yang tandatangan dekat belakang kad pengenalan aku tuuuuu, adakah menteri yang sign?” ahhhhhh sudahhh. Rasa menyesalllllll gila tak pernah nak amik tahu siapa yang sign kat belakang tu. padahal kad pengenalan tu sentiasa dengan kita. So, dengan muka tersengih aku, aku jawap yang aku tak sure, tapi aku pasti yang bukan Menteri yang sign. Dalam hati nak jawap Ketua Pengarah Pendaftaran yang signkan, tapi tak terkeluar pulak. Rupanya memang KP Pendaftaran yang signkan. Dia tanya aku siapa KP Pendaftaran, fhewwww nasib baik aku hapal nama dia. Datok Sulaiman Bin Haji Keling. Confident sikit disitu. Lepas tu dia tanya aku JPN under kementerian apa, dan siapa menteri dia. Tak banyak dan tak lama rasanya sesi-soal jawap dengan dia. And dia tanya jugak preparation apa yang aku dah buat sebelum datang sini. And apa kelebihan aku dari calon yang lain untuk jawatan ni.

Lepas tu, terus jadi santai, dia tanya aku sate cucuk cucuk yang femes dekat Melaka tuu dekat mana- which is aku memang tak tahu dekat mana, dia tanya aku boleh drive ke tidak, aku dah bertunang ke belum, and adakah aku sanggup posting jauh jauh kalau dapat. Aku tak tahu sama ada caloncalon sebelum aku tu memang saja nak psikokan kami atau memang diorg stress duduk dalam tu kena speaking dari awal sampai akhir sampai terpancar dekat muka even dah keluar bilik. Kena speaking mmg gerun, tp hantam saja lah janji dia faham kita faham. Lagipun kita berdua saja dalam bilik tu, takda sapa nak gelakkan kalau grammar kita salah sekalipun. Tuan Haji tu pun memang baik, tak dapat jawap pun takda nak marah ke apa. Muka sentiasa senyum. Sesi aku berjalan dalam 15 minit. 

Ada rezeki, adalah kan. Kita dah usaha sebaiknya, Allah jua yang menentukan rezeki kita. Dan pengalaman ini dapat dijadikan panduan untuk aku hadapi iv2 yang mendatang. 

# Update pada 22.12.2014 : Alhamdulillah, result intv sudah keluar pada 17.12.2014. awal dari sepatutnya, tapi apa pun, Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah. Ada sapa sapa yang berjaya temuduga ni dak? Mind to share?