Tak ada istilah pengangguran dalam dunia yang fana ini. seperti kata Pensyarah yang amat di hormati, Dr Baharuddin Bin Mat Asek ;
‘ di dunia mana ada pengangguran. Bermacam kerja boleh dibuat. Bayaran diterima dunia dan akhirat. Kalau kita gunakan kekuatan yang kita ada, IQ (mental), EQ (social/emotional), PQ (physical), dan SQ (spiritual), kita tidak akan jadi penganggur.’
Inilah yang aku pegang sekarang dalam hidup. Walaupun agak payah nak cari kerja, - bukan tak ada, dan bukan memilih. Dan ramai lagi yang seangkatan dengan aku yang alami dilemma yang sama. Aku bina kekuatan dalam diri aku untuk buat sesuatu yang aku sendiri tak pernah bayangkan aku buat. Which is mulakan business sendiri. Yaa, ramai yang jadikan itu sebagai pilihan terakhir bila dah betul betul buntu nak cari kerja.
Walau ramai yang agak sinis, kata mereka, ahhhhhh Penat je belajar sampai ijazah kalau setakat nak buat business sendiri. Ikutkan hati, nak aja ku tangan kan mulut2 celupar luar sana. Tak pernah nak menyokong, lebih suka menjatuhkan semangat orang. Nak nak yang baru nak hidup bekerja. Benda pertama aku buat, aku tekadkan hati. semangat kena kuat. Malu kena buang ke tepi kalau nak buat perniagaan sendiri, itulah yang aku fikir.
Next step lepas bincang2 dan planning2 dengan my biggest support system which is Bunda and other family members, datang idea nak buat business lauk frozen. Mula mula memang tak yakin! Entah boleh jual entah tidak. Tapi my sis beria bersungguh suruh aku cuba, kebetulan mak memang selalu org suruh masak untuk jamuan @ kenduri kecik2. Kira tumpang kepakaran mak le ni. So aku mula dengan kuantiti sikit dulu. Lepas put all the planning on paper, aku mulakan langkah kecil aku ni. Jual beberapa jenis lauk frozen, and rasa nak menangis bila mmg dapat sambutan memberansangkan. Jangan fikir nak cepat untung, fikirlah untuk long term. Aku selalu merungut bila mak suruh letak harga yang untungnya cuma sikit. Kata mak, kalau mahal, kejap je nnt dapat bertahan. Astagfirullah, nak untung cepat ajaa aku ni. Semangat makin kuat, nak cuba giat lagi. Mula pelbagaikan lagi product, buat delivery, dan sentiasa belajar perkara perkara baru dalam perniagaan. Motivasikan diri untuk majukan diri dalam bidang ni. In Syaa Allah, aku tak akan berhenti buat ni kalaupun nanti dapat kerja yang aku inginkan.
Siapa kata kalau belajar sampai ijazah, semua ilmu tu sia sia? Dulu, subject Entrepreneurship, untuk apa belajar kalau tak di applikasikan? Macamana nak buat business proposal, mcmna nak market kan product, macamna nak handle operation, macamna nak jaga account suma.
Service Management dulu aku belajar. Untuk apa? Kalau bukan untuk cuba bagi perkhidmatan yang terbaik pd cust. Sbb Strategic Mgt lah aku dapat tetapkan dengan baik apa matlamat dan hala tuju perniagaan aku. Bialah kecil mana sekalipun usaha aku ni. Atas ihsan subject Management Information System lah aku dapat idea nak buat blog as one of promotional tool aku, belajar buat logo walaupun agak bebal nak guna adobe photoshop. Tulah, dlu time lecturer ngajo engkau memain. Skrg baru terhegeh nak belajar. Dulu buat Research Proposal, xsemestinya dalam business tak boleh applykan. Aku dapat banyak feedback dari cust yang tanya aku, berapa lama boleh simpan frozen foods ni? And macamana nak defrost kan produk ni dengan selamat. Takkan aku nak jawap membabi buta tak buat research suma. Aku buat, cari article, compile kan, bagi explanation, aku cuba experiment sendiri produk aku untuk sahkan semua.
Ini semua cakap cakap org yang selalu pandang rendah kat orang lain. Kerja itu salah, buat kerja ni salah. Apa yang betul sangat tu? aku percaya, kalau buat sesuatu dengan bersungguh, pasti ada hasilnya, moga dengan izin Allah, kita semua dapat capai kejayaan di dunia dan akhirat. Tak bekerja tak bermakna hina, mungkin selama dia tidak bekerja, dia sibuk penuhkan saham akhirat. Awk yang mengata tuu apa tahu?
No comments:
Post a Comment